yang
digemari oleh penuntut-penuntut universiti di
Britain.Corak atau bentuk
pertama
permainan ini telah didaftarkan pada tahun 1891 oleh Charles Barter
dari
Gloucestershire dan lebih kurang pada masa yang sama James Gibb-salah
seorang
pelopor Persatuan Olahraga Amatur Britain-membawa balik bolamainan
seluloid dari Amerika yang diperkenalkan sebagai alternatif kepada bolagetah atau
gabus yang digunakan pada masa itu.Tindakan itu membawakejayaan
kepada pengilang seperti Gossima, Whiff Wall, Flim Flam dan TableTennis.
diambil
daripada bunyi 'ping' yang dihasilkan apabila bertembung bet dengan
bola dan
'pong' yang terhasil apabila ia melantun di atas meja.
Pada
tahun1902, seorang profesor pelawat Jepun telah membawa balik
permainan
ini ke Jepun dan memperkenalkannya kepada pelajar-pelajar
universiti
di sana. Tidak lama kemudian seorang
penjual berbangsa British,
Edward
Shires telah memperkenalkan permainan ini kepada orang-orang
Vienna dan
Budapest. Dengan ini benih perkembangan sukan ini telah tersemai
dan menarik
minat orang ramai.
Kejohanan
Sedunia yang pertama telah diadakan di London pada tahun 1927.
Pemenangnya
ialah seorang berbangsa Hungary iaitu Dr. Jacobi. Pada sekitar
tahun 30-an
pasukan Hungary telah menguasai kejohanan dunia. Pada masa
itu pukulan
'spin' telah masyhur di kalangan para pemain. Pada tahun 1950-an,
pemain Jepun
telah menguasai dunia ping-pong dengan corak permainan dan
cara cekak
pen (pen holder) yang mementingkan corak menyerang dan gerak
kaki yang
pantas. Pasukan lelaki Jepun telah menjadi johan dari tahun 1954
hingga 1959.
Dalam tahun 1960-an negeri China muncul sebagai sebuah
negara
ping-pong yang handal. Mereka menguasai dunia ping-pong menerusi
penggunaan
corak permainan laju dan dekat kepada meja. Pada tahun 1970-an
pemain-pemain
Eropah menunjukkan kebolehan mereka bertarung dengan
pemain-pemain
dari Asia.
Pada tahun
1980-an pemain-pemain Eropah dianggap lebih handal daripada
pemain-pemain
Asia. Pada tahun1927 Persekutuan Ping-pong Antarabangsa
(ITTF) hanya
mempunyai 9 ahli sahaja,tetapi pada taun1990,ITTF mempunyai
145
persatuan di bawahnya. Disamping itu ada pula 4 persekutuan peringkat
dunia
,Recognized Continental Federation di bawah naungan ITTF.
Persekutuan
tersebut ialah:-)African Table Tennis Federation,Asian Table
Tennis
Union,European Table Tennis Union dan South American Table Tennis
Confederation.
No comments:
Post a Comment