Friday, 5 June 2015

Cara Permainan Ping Pong

# Biasanya pungutan mata ialah sebanyak 11/21mata (lelaki & perempuan).

Terdapat beberapa peraturan untuk membuat servis iaitu:-
a) Servis akan bermula dengan bola mesti sentiasa berada di dalam  tapak
tangan bebas yang pegun, terbuka dengan jari tertutup dan  ibu jari bebas.
b) Tangan bebas yang membawa bola mesti sentiasa berada di atas
 permukaan meja dan di belakang garisan meja.
c) Semasa membuat servis , bet mesti berada di atas permukaan  meja
                                                                        dan memukul di garisan belakang meja.
d) Bola mesti dilempar tegak sekurang-kurangnya 16 cm ke atas oleh  tapak
 tangan tanpa menjanakan sebarang putaran.
e) Bola mesti dipukul semasa ia menurun supaya dalam permainan
 perseorangan, ia melantun di kawasan pembuat servis dan  kemudian di
 kawasan penerima. Dalam permainan bergu, ia melantun di  kawasan
 kanan pembuat servis dan kemudian di  kanan penerima.
f) Pemain yang membuat servis perlu memastikan bahawa tindakannya
 dapat dilihat sepenuhnya oleh pengadil.
g) Servis tidak boleh terlalu jauh dari bahagian badan kecuali
 lengan,kepala atau kaki apabila diukur dari jaring.
h) Jika bola tersentuh jaring semasa melepasinya , satu penggilan 'net'  akan

 disebut dan servis terpaksa dilakukan semula. 

No comments:

Post a Comment