Friday, 5 June 2015

Peraturan Permainan Ping Pong

Mengikut ITTF beberapa peraturan serta format permainan ping pong telah
diubah suai kepada peraturan serta format yang baru.


Berikut adalah di antara peraturan yang telah diterima pakai:
Image result for pingpong-  Penentuan servis mula dibuat mengikut undian.
-  Ketika membuat servis bola perlu dilambung sekurang – kurangnya 6   
   inci.
-  Mana-mana servis dibuat yang tidak mengenai bola adalah dikira telah 
   membuat servis dan mata diberikan pada lawan.
-  Ulangan servis perlu dilakukan setiap kali bola terkena jaring yang   
   masuk ke gelanggang lawan (tiada had).
-  Bola yang masuk secara melencung ke gelanggang lawan (tidak melalui 
    jaring) adalah dikira.
-  Bola yang terkena tangan dan masuk kegelanggang lawan juga dikira.
-  Mana-mana pemain yang menampan meja ketika membuat pukulan  
   dikira batal.
-  Bat yang terkena meja di mana-mana semasa permainan tidak dikira 
    batal.
-  Kiraan mata setiap pemainan adalah 11/21.

-  Setiap keputusan pengadil adalah mutamad. 

Cara Permainan Ping Pong

# Biasanya pungutan mata ialah sebanyak 11/21mata (lelaki & perempuan).

Terdapat beberapa peraturan untuk membuat servis iaitu:-
a) Servis akan bermula dengan bola mesti sentiasa berada di dalam  tapak
tangan bebas yang pegun, terbuka dengan jari tertutup dan  ibu jari bebas.
b) Tangan bebas yang membawa bola mesti sentiasa berada di atas
 permukaan meja dan di belakang garisan meja.
c) Semasa membuat servis , bet mesti berada di atas permukaan  meja
                                                                        dan memukul di garisan belakang meja.
d) Bola mesti dilempar tegak sekurang-kurangnya 16 cm ke atas oleh  tapak
 tangan tanpa menjanakan sebarang putaran.
e) Bola mesti dipukul semasa ia menurun supaya dalam permainan
 perseorangan, ia melantun di kawasan pembuat servis dan  kemudian di
 kawasan penerima. Dalam permainan bergu, ia melantun di  kawasan
 kanan pembuat servis dan kemudian di  kanan penerima.
f) Pemain yang membuat servis perlu memastikan bahawa tindakannya
 dapat dilihat sepenuhnya oleh pengadil.
g) Servis tidak boleh terlalu jauh dari bahagian badan kecuali
 lengan,kepala atau kaki apabila diukur dari jaring.
h) Jika bola tersentuh jaring semasa melepasinya , satu penggilan 'net'  akan

 disebut dan servis terpaksa dilakukan semula. 

Sejarah Ping Pong

  Pada mulanya permainan ping pong merupakan satu kegiatan masa lapang
yang digemari oleh penuntut-penuntut universiti di  Britain.Corak atau bentuk
pertama permainan ini telah didaftarkan pada tahun 1891 oleh Charles Barter
dari Gloucestershire dan lebih kurang pada masa yang sama James Gibb-salah
seorang pelopor Persatuan Olahraga Amatur Britain-membawa balik bolamainan seluloid dari Amerika yang diperkenalkan sebagai alternatif kepada bolagetah atau gabus yang digunakan pada masa itu.Tindakan itu membawakejayaan kepada pengilang seperti Gossima, Whiff Wall, Flim Flam dan TableTennis.

        Apabila raket yang disaluti velum diperkenalkan, istilah ping pong dicipta, ia
diambil daripada bunyi 'ping' yang dihasilkan apabila bertembung bet dengan
bola dan 'pong' yang terhasil apabila ia melantun di atas meja.

        Pada tahun1902, seorang profesor pelawat Jepun telah membawa balik
permainan ini ke Jepun dan memperkenalkannya kepada pelajar-pelajar
universiti di sana.  Tidak lama kemudian seorang penjual berbangsa British,
Edward Shires telah memperkenalkan permainan ini kepada orang-orang
Vienna dan Budapest. Dengan ini benih perkembangan sukan ini telah tersemai
dan menarik minat orang ramai.

         Kejohanan Sedunia yang pertama telah diadakan di London pada tahun 1927.
Pemenangnya ialah seorang berbangsa Hungary iaitu Dr. Jacobi. Pada sekitar
tahun 30-an pasukan Hungary telah menguasai kejohanan dunia. Pada masa
itu pukulan 'spin' telah masyhur di kalangan para pemain. Pada tahun 1950-an,
pemain Jepun telah menguasai dunia ping-pong dengan corak permainan dan
cara cekak pen (pen holder) yang mementingkan corak menyerang dan gerak
kaki yang pantas. Pasukan lelaki Jepun telah menjadi johan dari tahun 1954
hingga 1959. Dalam tahun 1960-an negeri China muncul sebagai sebuah
negara ping-pong yang handal. Mereka menguasai dunia ping-pong menerusi
penggunaan corak permainan laju dan dekat kepada meja. Pada tahun 1970-an
pemain-pemain Eropah menunjukkan kebolehan mereka bertarung dengan
pemain-pemain dari Asia.
Pada tahun 1980-an pemain-pemain Eropah dianggap lebih handal daripada
pemain-pemain Asia. Pada tahun1927 Persekutuan Ping-pong Antarabangsa
(ITTF) hanya mempunyai 9 ahli sahaja,tetapi pada taun1990,ITTF mempunyai
145 persatuan di bawahnya. Disamping itu ada pula 4 persekutuan peringkat
dunia ,Recognized Continental Federation di bawah naungan ITTF.
Persekutuan tersebut ialah:-)African Table Tennis Federation,Asian Table
Tennis Union,European Table Tennis Union dan South American Table Tennis
Confederation.